Fandom

Language Brigade Wiki

Join/ms

< Join

1,823pages on
this wiki
Add New Page
Talk0 Share
The text on this page is considered outdated. Please update this page accordingly with the English version, or with another version that is up to date. Remove this section when you're done. Thanks!
This page, or parts of it, are still untranslated. Please translate them to the appropriate language (Malay).

Untuk menyertai Pasukan Bahasa Wikia, anda cuma perlu menambah nama pengguna anda di halaman Template:WLB di Pusat Pengguna ('Community Central') Wikia. Anda perlu ingat untuk memasukkan nama pengguna, tahap kefasihan dan kelapangan anda di bawah setiap bahasa yang anda sudi menterjemah. Dengan ini, orang ramai akan dapat membandingkan dan mencari penterjemah yang sesuai dengan keperluan mereka.

Menyertai Kumpulan IniEdit

Oleh kerana templat ini akan diubah dalam bahasa komputer ('source code'), anda perlulah mempunyai sedikit pengetahuan dalam mengubah isi kandungan templat berkenaan. Anda akan menggunakan versi templat WLB-pengguna dalam bahasa ibunda anda, dan biasanya templat tersebut hanya akan mengandungi data yang ditunjukkan di bawah:

{{WLB-user
|username =
|babel =
|status = }}

Pertama sekali, masukkan nama pengguna anda: sila pastikan ejaan anda tepat dan perhatikan penggunaan huruf kapital, kerana templat ini tidak akan berkesan jika huruf 'a' dalam nama pengguna asal anda diubah kepada huruf 'A'. Contohnya,

{{WLB-user
|username = Yatalu

Untuk bahagian babel pula, pengaturannya berbeza sedikit. Anda perlu menilai tahap kefasihan bahasa anda sendiri dan memasukkan nilai yang dipilih; nilai-nilai 1-5 dan huruf N diterima, di mana 1 adalah untuk penterjemah asas, nilai 5 adalah untuk penterjemah yang cemerlang dan nilai N adalah untuk penterjemah di mana bahasa yang dikuasainya merupakan bahasa ibundanya. Walaupun templat WLB mempunyai penjelasan yang serba asas dalam topik ini, Wikiedia telah menyediakan artikel yang lebih mantap di Wikipedia:Babel. Sebagai contoh, jika pengguna Yatalu merupakan seseorang yang fasih berbahasa Inggeris di tahap amat memuaskan, dia akan memasukkan data seperti yang berikut:

|babel = 4

Akhirnya, anda perlulah mengisi tahap kelapangan anda. Ini mungkin merupakan bahagian data 'WLB-pengguna' anda yang paling banyak berubah, kerana anda mungkin ingin menyatakan bahawa anda masih dalam status

  • available (sedia menterjemah),
  • queue (dalam giliran: sedang membuat kerja penterjemahan),
  • busy (sibuk: tiada masa untuk kerja penterjemahan) atau
  • inactive (tidak aktif: tidak akan bekerja di bahagian ini untuk tempoh masa yang lama).

Namun, kebanyakan masanya anda akan cukup lapang untuk membuat kerja penterjemahan (harap-harapnya begitulah~) dan anda akan memasukkan data seperti yang berikut:

|status = available}}

AMARAN: Kod-kod yang diisi mestilah dilaksanakan dalam bahasa Inggeris, ataupun kod tersebut tidak akan difahami oleh Wikia.

Petua-petuaEdit

Jika anda berasa kurang senang untuk membuat pengubahan kepada 'source code', gunalah petua-petua ini:

  • Buat pengubahan kepada bahagian-bahagian tertentu dalam kod dan bukannya keseluruhan kod tersebut supaya anda dapat menyimpan kerja anda dari semasa ke semasa.
  • Ikutlah pengguna-pengguna lain dengan mengambil cara-cara pengisian borang tersebut sebagai contoh terlebih dahulu.
  • Jangan lupa tekan butang 'preview' untuk menyemak kerja anda, supaya ia bebas daripada kesilapan-kesilapan teknikal.

Selamat mencuba!

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.